Saturday 26 December 2015

AYAM MASAK SAMBAL

AYAM MASAK SAMBAL


Selamat berhujung minggu...

Masak apa harini?
Malam ni Mommy Ly masak ayam masak sambal sebagai salah satu menu

Biasanya, Mommy Ly suka refer kat blog Azie Kitchen sebagai ilham utk memasak
Apa yg best dengan blog Azie Kitchen ni ialah resepinya yg simple.. tapi hasilnya sgt sedap..

Ok.. di sini Mommy Ly copy paste dari blog Azie Kitchen.
Cubalah.. memang sedap habaq hang 😀

Ayam Masak Sambal

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

1 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng
4 biji bawang besar saiz besar
7 biji bawang putih
1 inci halia
2 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - ketuk
4-5 sudu besar cili kisar
Sos tomato
Sos cili
Garam
Gula

Cara cara:

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili betul betul masak.

Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, garam dan gula. Masakkan sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai.

Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi minyak dan acar timun.

Selamat memasak semua...

P/s : kita pinjam gambae Azie Kitchen ye..
Gambar ayam masak tadi tak sempat nk snap sebab semua dah kelaparan.. jadi handphone ke mana.. pinggan ke mana... hikhik..


Sunday 20 December 2015

MENGAPA PERLU SUPPLEMENT?

TAK PERLU SUPPLEMENT? MUNGKIN ANDA SILAP..

Morning...
Anda dlm perjalanan ke tempat kerja?

Ok pagi ni nk cerita pasal basic set yg perlu dimakan oleh kaum lelaki & wanita.

Apa jadi kalau kereta kita rosak? 🚘
Rasa patah kaki bukan?
Bagaimana pula kalau kaki atau lutut kita sakit? Susah nk berjalan / pandu kereta kan?
Bagaimana kalau jantung kita tak kuat? Agak sukar utk mengepam darah dengan lancar bukan? Langsung boleh membawa kepada komplikasi2 lain..
Bagaimana pula kalau kita sering sakit? Semua perkara akan terbantut perancangannya..

Jadi.. kalau anda rasa anda TIDAK PERLUKAN SUPPLEMENT.. anda salah..

OMEGA 🐟
jaga jantung & paras   kolestrol

OSTEMATRIX 🍼
sumber kalsium &
magnesium terbaik kerana
melengkapkan keperluan badan  utk sendi & elakkan cramp

VITAMIN C 🍋
Antioksidan yang baik & tingkatkan ketahanan badan utk melawan penyakit
Dapatkan ketiga2 basic set ini ..

Dapatkan segera sebelum terlambat..

Nak masuk tahun baru memang banyak perbelanjaannya.. tapi tak salah rasanya peruntukkan utk diri sendiri.. sekurang2nya RM60 untuk diri anda ( boleh tahan 2 bulan).

Wassap/sms 0162614778  atau email lyvitashoppe@gmail.com ye..




Thursday 19 November 2015

APA JADI BILA WANITA MENOPOUSE

OSTEOPOROSIS

Korang tau tak... apabila seseorang wanita itu menghampiri menopouse, sejumlah besar  hormon estrogennya akan hilang & as a result akan mengakibatkan penyakit osteoporosis.

Rata-rata usia menopause adalah 51 tahun, tetapi untuk beberapa wanita dapat terjadi di usia 40-an atau yang lambat pada usia 50 tahunan.

Namun mulai usia 30 hingga 40 tahun, kelajuan pembentukan tulang semakin menurun, akibatnya jumlah sel tulang semakin sedikit, sehingga rawan terjadi osteoporosis.

Ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda..
------------------------------------------------------
Jadi, pastikan :
* kalsium intake kita mencukupi 💊
* kita sering buat exercise utk kuatkan
   tulang 👟👟👟

( Otot dan tulang yang kuat akan meningkatkan keseimbangan dan koordinasi tubuh, sehingga menghindarkan anda dari risiko terjatuh yang dapat menyebabkan patah tulang ataupun tulang rapuh, yang pada akhirnya akan meningkatkan risiko terjadinya osteoporosis.)  💪💪
-----
Untuk dapatkan kalsium yg secukupnya, bolehla mencuba OSTEMATRIX drpd Shaklee

Wassap 016.261.4778 utk sebarang pertanyaan & pembelian

Harga istimewa pastinya utk anda yg istimewa :)

Kesan kekurangan hormon estrogen
Love,
Mommy Laily

Saturday 17 October 2015

VITAMIN C

KENAPA VITAMIN C PENTING

Alhamdulillah.. Thank you for your support..
Ramai yg makan Vitamin C ni sebenarnya.. Mmg diperlukan oleh badan kita pon..

Vitamin C sangat diperlukan oleh tubuh badan kita sebab badan kita ni tak boleh menghasilkan Vitamin C secara semulajadi. Jadi , ianya perlu diambil dlm diet pemakanan seharian kita.

Vitamin C  perlu untuk : 
- bantu pembentukan collagen
- menjaga salur darah agar tidak pecah
- detoksifikasi : mereka yg merokok patut ambil vitamin c sebab ia 
   membersihkan darah & mengelakkan buah pinggang daripada menjadi 
   lebih teruk
- mengeluarkan hormone anti stress,
- sesuai utk mereka yg selalu ada lebam2 pada badan, gusi berdarah, 
luka lambat sembuh, pendarahan dlm otot & sendi
- Dan baanyaaaaaak lagi...

Even artis pon banyak gi cucuk2 Vit C sebab depa tau betapa hebatnya kuasa Vit C ni..

Sesuai utk lelaki & wanita ..
I biji 500mg Vit C Shaklee = anda makan 7 biji buah orange setiap hari..

Jangan beli VIT C jika anda mampu makan 7 biji Oren sehari ye..

Tapi to those yg tak mampu nk upkeep makan 7 biji orange setiap hari...  boleh PM/ wassap 012.261.4778 ye..

Sekian utk pagi ini..

Salam cayang,
Mommy Laily =)


Vitamin C Shaklee

Wednesday 14 October 2015

NAFKAH SUAMI KEPADA ANAK- ANAK SELEPAS BERCERAI

NAFKAH ANAK2 SELEPAS BERCERAI

Moga petikan ini dibaca oleh para suami di luar sana yg bergelar 'x' husband ... jgn ambil mudah

Satu petikan yg saya jumpa dlm FB

Nafkah suami kpd anak2 nya selepas perceraian dgn isteri. Mari baca supaya tahu.
Petikan daripada sesi kaunseling kaunselor Pn.Suzana Ghazali dan kliennya:-
Klien: Bekas isteri saya mintak tambah nafkah anak.
Saya: Umur anak berapa?
Klien: Anak 2, sorang 12 tahun, sorang 9 tahun. Sejak lepas cerai saya tak pernah putus bagi RM400 sebulan tapi baru ni, dia fail kes mintak tambah pulak.
Saya: Cerai bila?
Klien: 2006, memang tiap2 bulan saya tak pernah miss bayar ke akaun dia RM400. Tau2 sekarang ni dia mintak tambah plak.
Saya: Mmmm mudah kira lah, kalau lah tuan yg jaga anak2 tu, cukup tak RM400 sebulan?
Klien: Memang cukup lah. Saya tau mesti cukup punya.
Saya: Ok, mai kita kira. Bayar kat anak2 RM400 kan? Ok, untuk rumah, kalau sewa kat kawasan tempat bekas isteri tinggal sekarang dengan anak2, paling murah berapa?
Klien: Paling murah RM900 boleh dapat dah.
Saya: Ok, RM900, katakanlah kira separuh je sebab separuh lagi bahagian bekas isteri, jadi sewa rumah RM450, betul?
Klien: Ya betul.
Saya: Tuan bagi untuk anak2 RM400 ja, untuk penginapan pun belum cukup tu! Macamana tuan cakap RM400 dah cukup? Makan minum dll belum kira lagi tu...
Klien: Tapi dia kerja, saya pun ada isteri baru, ada 2 anak tiri duduk dengan saya.
Saya: Betullah dia kerja tapi nafkah anak adalah tanggungjawab ayah, bukan ibu.
Klien: Ye ker bukan tanggungjawab ibu?
Saya: Ya, betul! Biaya nafkah anak bukan tanggungjawab ibu tapi kalau ibu bantu, itu ihsan. Ihsan ni, kalau tak buat tak berdosa, buat dapat pahala. Tapi tanggungjawab kalau tak buat berdosa. Awak tolong bekas isteri jaga anak tiri, tu ihsan. Tapi anak2 awak yg jadi tanggungjawab awak, camana?
Klien: Habis tu, kalau ayah tu mati?
Saya: Kalau mati tu lain cerita la, ini cerita sebab masih hidup dan mampu berusaha. Ikut hukum syarak pun, kalau ayah meninggal, tanggungjawab biaya nafkah anak ditanggung oleh ayah kepada ayah si anak kalau masih ada, kalau tak de, jatuh kat bapa saudara sebelah ayah, bukan ibu yg bertanggungjawab. Kalau saya peguam bekas isteri tuan, saya akan ketengahkan fakta tuan sengaja mencari beban baru dengan berkahwin lagi dan dengan sengaja juga gagal melaksanakan tanggungjawab dan mengabaikan anak2 sedia ada...


Tuesday 13 October 2015

KOLESTROL



MANUSIA secara amnya memerlukan kolesterol bagi membentuk sel, hempedu dan hormon tertentu dalam tubuh tetapi paras kolesterol yang tinggi mendedahkan individu kepada pelbagai penyakit berbahaya. 


Kolesterol tinggi bukanlah penyakit, tapi berpotensi menyebabkan berbagai penyakit. Diantaranya adalah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi alias tekanan darah tinggi.


Penyakit jantung koronari disebabkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh menjadi pembunuh nombor satu masyarakat di negara ini. Pesakit juga terdedah kepada serangan strok atau angin ahmar sekiranya paras kolesterol terlalu tinggi.


RAWATAN


Selain daripada mengubah cara hidup dan pemakanan seharian, kita juga boleh amalkan pengambilan OMEGA GUARD & PHYTOCOL ST daripada Shaklee.


Hari ini, saya nak ceritakan bagaimana Phytocol Shaklee ni boleh membantu.. 

APA ITU PHYTOCOL-ST SHAKLEE?

Nilah rupa botol Phytocol 
Phytocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg fitosterol setiap hari.

Ia dapat membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi

Cuba lihat gambarajah di bawah : 


Bagaimana Fitosterol berfingsi
Sebelum mengambil fitosterol, kolestrol dengan mudah melalui dinding salur darah. Sementara selepas pengambilan fitosterol yang terdapat di dalam kapsul Phytosterol-ST, diambil sebelum atau bersama sama makanan, fitosterol bertindak menghalang kolesterol dari terus menembus dinding salur darah. Penyekatan yg dibuat dianggarkan 80% dari penyerapan biasa. Hebatkan fitosterol?



Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.



Selain untuk menghalang penyerapan kolestrol, fitosterol juga membantu untuk keseimbangan tindakbalas imun bagi mengurangkan jangkitan viral dan bakteria serta mengurangkan simptom alahan, keradangan  dan penyakit auto imun seperti rheumatoid arthritis.

Tahukah anda?


Untuk mendapatkan fitosterol yang secukupnya ( iaitu 200mg sehari) , kita perlu makan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum & 425 biji tomato?


Ternyata sememangnya sukar utk kita memastikan kesemua di atas diambil secukupnya, betul?


Jadi, Shaklee telah memudahkan hidup kita sebenarnya.. Shaklee telah memperkenalkan Phytocol-ST iaitu suplemen yang kaya dengan plant sterols dan stanols yang mampu menurunkan kadar kolestrol secara semulajadi. Ia diperbuat daripada Minyak Tall dan mengandungi 90% sitostanol dan 10% compestanol. Tahap fitosterol adalah sebanyak 15%.


Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee

4biji Phytocol-ST membekalkan 2000mg fitosterol
Tiada perisa / pewarna tambahan
Tiada bahan pengawet
Sentiasa berkesan
Halal

Jadi anda tidak perlu risau lagi
Jalan mudah telah disediakan
Semuanya terpulang utk pilih jalan yang mana utk turunkan kadar kolestrol anda

P/s : saya pon nak kena beli lagi PHYTOCOL ni sbb utk turunkan kadar kolestrol dlm bdn ni.. risau la sbb saya suka makan makanan yg bergoreng

Oklah.. jgn lupa wassap 0162614778 atau email lyvitashoppe@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan..

" ingat Shaklee, ingat Laily.." 😍😍😍


Monday 12 October 2015

ECZEMA 

Assalam & good morning uncles & aunties... 👨👨👨👩👩👩
.
Kita semua sedia maklum eczema ialah kondisi kulit yg kering dan gatal yg sesuatu masa menyerang 15% ke 20% kanak- kanak.
Penyakit kulit ni memang tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dgn rawatan yg sesuai..
It will come & go, betul?
.
So berapa kali kita nak pergi klinik amik ubat sapu steroid itu? 
Ubat stetiod sapu ni lama kelamaan akan menipiskan kulit kita.. apatah lagi kulit si manja kita..
.
Meh nk kongsi cerita..
Ni anak rakan saya.. dulu waktu kecik sering dilanda eczema satu badan
Kesian sungguh sebab dok tergaru2 sampai luka n bila mandi pasti pedih
.
Nak nak lagi bila musim panas & berpeluh..
.
Lain padang lain belalang
Lain org lain ragamnya
Lain org lain keserasiannya..
.
Tapi alhamdulillah.. anak comel ini kini bebas eczema dengan pemakanan omega, vitamin c secara konsistent.. ingat tau.. consistent itu perlu 😍😍😍
Nak lagii best, Herbal blend shaklee disapu setiap kali selepas mandi..
.
 Nanti after this Laily post gambar Ikram ni waktu dilanda eczema yg agak serious tu ye..
.
Apa yg baik kita kongsikan..
Kot2 boleh membantu ibu2 diluar sana yg buntu tak tau nak buat apa dah..
.
Jom breakfast dulu.. ☕🍞🍇
.
#sayajualshaklee  #shakleehebat  #shakleewangsamaju #shakleetamanmelati #shakleegombak #cantik #kurus #sehat #paknil  #codwangsamaju  #codtamanmelati #codsrigombak #codsrirampai #msu #mmu #utmsemarakkl #tarcollege #codlrttamanmelati #codlrtgombak #codwangsamaju #uitmshahalam #upnm #codsungaibesi #kttshaklee #bazaarpaknil #ctdk #ootd #coffee #coffeeaddict #eatclean #healthy breakfast
Eczema hilang dengan Omega & Vitamin C

Saturday 29 August 2015

ROTI BAKAR CHEESE LELEH

RESEPI ROTI BAKAR CHEESE LELEH


Selamat petang semua

Dah lama Laily tak update blog
Biasala dok sebok sikit dengan anak2 & family
Tgh pening sikit dok arrange anak- anak nk tukar sekolah jugak.

Ok.. tadi minum petang tak tau nk masak apa..
Pergi dapor tgk ada roti, bukak fridge ada cheese.. so ok.. bolehla buat french toast ala2 cheese leleh.. 

Bahan2 yg diperlukan
4 keping roti
2 keping cheese keping
Sebiji telur
Sedikit lada hitam & garam ( jika suka)

1. Ambil roti dan letakkan sekeping cheese 
    di atas setiap roti
2. Ambil sekeping roti & letakkan di atas c
    cheese tadi ( kira kita katup dia la)
3. Potong kepada 4 bahagian ( 2 pon boleh 
     lagi puas makan)
4. Celupkan ke dalam telur yg telah dikacau
    bersama lada sulah & garam tadi
5. Letakkan sedikit olive oil & letakkan di 
    atas pemanggang ajaib utk 3-4 minit
6. Jgn lupa terbalikkan utk mendaparkan 
    the golden crisp & lava cheese yg 
    optimum
7. Siap!! Sedia utk dimakan...

Selamat mencuba :)

Love,
Mommy Laily



Tuesday 23 June 2015

TESTIMONI VIVIX

Rheumatoid arthritis pulih dengan VIVIX!!

Alhamdulillah..
.
Nak share testimoni customer yg semakin sembuh sakitnya dari Rheumatoid arthritis
.
Tau tak Rheumatoid arthritis tu sakit apa?
.
Rheumatoid arthritis (RA) adalah penyakit autoimun di mana sistem imun badan - yang biasanya melindungi kesihatan dengan menyerang bahan asing seperti bakteria dan virus -  tersilap menyerang sendi2 seseorang.
Ini mewujudkan radang yang menyebabkan tisu yang melapisi bahagian dalam sendi (synovium) untuk menebal, menyebabkan bengkak dan kesakitan di dalam dan sekitar sendi.
.
Kalau terlampau sakit, hanya steroid yg mampu legakan sakit tu.
.
Sebelum ni, customer ni dah sampai tahap kena cucuk steroid sendiri kat umah.... 4x cucuk = RM5,000
Nasib baik dia ada insurance cover..
.
Kalau takde insurance? Camne?
Haruslah ambil VIVIX..
Tak mahal pon...
Satu botol harga less than RM500 tau..
.
Hanya SATU SUDU BESAR VIVIX sehari..
Badan sehat, awet muda & dapat reduce weight jugak!
.
Jangan tunggu lagi..
Fast action fast result ye..

Monday 22 June 2015

SAKIT BADAN HILANG DENGAN SET SENDI SHAKLEE

SAKIT BELAKANG, SLIPPED DISC, SAKIT PINGGANG, SAKIT LUTUT, SAKIT TENGKUK, SAKIT SENDI, SAKIT MENYUCUK
KINI TIADA LAGI !!

Ok, tak perlu cerita banyak2..mari kita lihat apa yg ada dlm set sendi Shaklee yang hebat ini..

Set sendi Shaklee
*******************

~KELEBIHAN OSTOMETRIX~

Bertindak sebagai KALSIUM dalam badan
Menghalang kerapuhan pada tulang belakang @ OSTEOPORISIS
Membantu masalah sembelit
Memelihara kulit lebih sihat dan berseri
Mengurangkan pengecutan otot perut sewaktu kontraksi bersalin atau datang bulan


~KELEBIHAN OMEGA GUARD~

Mengelakan Sindrom Ostearthistis
Mengurangkan keradangan sendi, kebengkakan sendi serta kekakuan pada sendi
Mengurangkan risiko Penyakit Parkinson
Mengurangkan kemurungan & mengatasi emosi 'moody'
Membantu perkembangan otak dan mata bayi (Ibu Mengandung)

~KELEBIHAN ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT)~

Dihasilkan daripada ekstrak Boswellia yang digunakan untuk kesihatan sendi

Dihasilkan juga daripada ekstrak Glukosamine (berasaskan jagung) keselesaan sendi

Meningkatkan kesan kusyen dan kusyen pelapik sewaktu bergerak

Dilengkapi dengan zink, magnesium,mangan dan vitamin C untuk memelihara keselesaan sendi


VIVIX SHAKLEE

VIVIX SEMBUHKAN KANSER
*******************************

Vivix mampu menembusi sel-sel DNA kita dan memperbaiki serta memperbaharui sel.

Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkankebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

Vivix terkenal dengan testimoni hebat yang telah membantu ramai pesakit kanser untuk sembuh dari kanser.. Walaubagaimanapun semuanya adalah dari Kuasa Allah juga.. Tidak salah kita mencuba alternatif lain lebih-lebih lagi produk Shaklee ni dah lebih 50 tahun wujud...

Thursday 4 June 2015

OMEGA GUARD SHAKLEE FOR A HEALTHY HEART..

When cholestrol level in body is too high, what happens next? 

heart attack happens when there is a buildup of plaque in your arteries. This buildup causes a loss of blood supply to your heart, which in turn leads to a heart attack.

If you want to clean your 'pipe'.. wassap me and i will tell you how...

Thursday 28 May 2015

OMEGA GUARD BANTU PESAKIT ASTHMA

BAGAIMANA OMEGA GUARD SHAKLEE BOLEH MENBANTU MEREKA YG KERAP PERLUKAN INHALER or NEBULISER..

“Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. Because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing, and because Eskimos, who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized that fish oil might benefit asthma sufferers.”

“Omega -3 asid lemak yang dikenali untuk mengurangkan keradangan. Kerana asma adalah penyakit yang disebabkan oleh keradangan saluran udara yang membawa kepada saluran udara hiper- responsif dan saluran udara sempit, dan kerana Eskimo , yang makan banyak ikan mempunyai kadar yang rendah masalah asma, hasil penyelidik mendapati bahawa minyak ikan mungkin mendapat manfaat bagi penghidap asma.

OMEGA GUARD & PHYTOCOL CEGAH KOLESTROL

PERLU ATAU TIDAK OMEGA / PHYTOCOL SHAKLEE?

Anda sememangnya perlukan 2 kombinasi ini sekiranya :
- anda selalu mkn makanan bergoreng
- seafood consumption anda kerap
- bacaan kolestrol anda tinggi
- anda nak kurangkan berat badan
- anda merokok
- anda jarang bersukan atau beriadah
- anda mengidap kencing manis atau darah
  tinggi
- mana- mana ahli keluarga / keturunan
  anda mengidap penyakit kencing manis
 
ataudarah timggi
- anda kerap minum minuman keras (
  alcohol)
- dan byk lagi....

Come on.. act fast..
Time waits for no men
Cegah lebih baik drpd merawat

#omegapromo #phytocolpromo #sayajualshaklee #shakleehebat #setkolestrol #shakleeberkesan #servistiptop #servispantas #kurus #sehat #healthy #healthychoices #healthylife

Wednesday 6 May 2015

KALSIUM PENTING ? UNTUK APA YE? 
R


How is your calcium intake?

How often do u drink mlik?

What? Tak suka milk? Cheese pon tak suka?

Then try look for substitute to fill up your calcium deficiency..

Nak bongkok ke bila tua nanti?
Taknk kan...
And anda selalu cramp kat jari kaki/betis/jari tangan?

Pernah tak kaki cramp waktu drive or jalan2 kat shopping mall? Tudiaa.. camne nk buat tu kalau tgh2 drive kaki cramp? Bahaya kan?!

Yang pregnant tu.. slalu cramp tak bila tidur mlm? Uish.. sakit oooo boleh nangis tau kalau kena simpul biawak tu... Kalsium diketahui penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi.


Sayangkan diri anda? Pastikan kalsium harian mencukupi..
Perlukan bantuan? Say I..  =) ...

Hubungi saya
wassap 0162614777
Fb page : Lyvitashoppe

Wednesday 22 April 2015

VITALEA HEBAT

If you are in the process of slimming down or in any kind of diet programme.. Take VITALEA... It has all the nutrients n vitamins that is needed in one's daily requirement..
Tak cukup makan nanti camne nak ada energy? Errk...
Jom kita tengok satu persatu kandungan dan fakta nutrisi yang terdapat dalam VitaLea:
Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.
Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
Hebat kan?

KEBAIKAN LECITHIN

LECITHIN SHAKLEE HEBAT

Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Kenapa kita taknak.lemak lekat kat dinding membrane?
Sebab..ia akan sempitkan salur darah kita. Bila salur darah kita mengecil..apa akan berlaku?

Lama-kelamaan salur darah semakin sempit & keras serta kurang anjal akibat pengumpulam lemak, kolestrol dan enapan plaq pd dinding salur darah, dan terus meningkatkan tekanan darah. Kemudian beberapa salur darah kecil boleh tersumbat.

Bila tersumbat..macam2 penyakit akan datang.. Jadi.. pastikan anda semua includekan LECITHIN dlm pemakanan supplement harian.. Utk mereka yg dah terlalu byk makan supplements from pelbagai brands..eloklah detox dulu ye.. Agar usus bersih dulu
Kemudian.. baru badan tu boleh serap nutrisi sepenuhnya.. Nak detox nak mkn apa pulak?
Nanti kita cita esok ye..
Now nak sleep dah... Opps.. telan OSTEMATRIX dulu...
ZzzzzzzZzzzZzzZz

#shakleetamanmelati #shakleewangsamaju #shakleesrirampai #shakleemurah #shakleemalaysia #shakleekl#kurus #sehat #buncit #cantik #lecithinshaklee #paknil #bazarpaknil #morehealthytipswithlaily

Sunday 15 March 2015

PROMO MARCH HEBAT ~ ESP, Zinc complex, Vitalea kids

Allah.. Tersenget pulak poster ni..

Hihi takpelah.. Yg penting, mesejnya dapat disampaikan..

Promo bulan March tampil hebat dengan...
- tepung ajaib ( ESP)
- capsule kecik2 cili padi ( Zinc complex)
- kid's fav yummy grape multivit ( vitalea for kids)

Oh my.. Love is in the air..
Ok peeps.. Happy working all...

Wassap 0127674782 utk dapatkan harga special..

Tuesday 24 February 2015

KURUS DENGAN OSTEMATRIX

Nak reduce weight?
then u need OSTEMATRIX!!

because.. Ostematrix akan..
- lawaskan pembuangan
- bantu pembakaran lemak
- kuatkan otot dlm badan kita melalui kalsium
- membantu penyerapan vitamin D dengan lebih baik
    ( elakkan batu karang)

bila badan Dah cukup nutrisi & vitamin, lebih berkesan utk organ2 dlm badan menjalankan tugasnya...

maka, target anda untuk kurangkan berat badan akan BERJAYA!!

Monday 23 February 2015

VITALEA SHAKLEE TERBAIK

Penting ke Vitalea a.k.a multivitamin ni? Multivitamin penting kerana ia menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 

Memilih multivitamin terbaik bagi menyokong diet harian penting kerana makanan di sekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Selain daripada itu, anak2 biasanya kurang gemar memakan sayur & gemarkan benda2 yg manis seperti gula2 ataupon ice cream. Jadi, bagaimana kita nak pastikan kesemua nutrisi yg diperlukan oleh badan mereka tercapai?

Price back to original after promotion ends 28 February..
Lagi 4 hari je ni..
If ada yg berminat, cepat2 let me know ye...
Wassap 0126674782

Wednesday 11 February 2015

PROMOSI SHAKLEE BULAN FEBRUARI

Assalamualaikum..

Masuk hari ke12 di bulan February
Maafkan daku kerana tidak sempat bertandang ke blog sendiri untuk bercerita

Kerja di pejabat yg tiada hentinya
Kerja di rumah bersusun pula
Tapi walaubagaimana sebok pon kita..
Janganlah kita semua lalai padaNya

** note to self**

Ok nk bgtau tentang promosi bulan February ni
Sungguh hebat !! Ada EMPAT product.

��Joint health -->  (sakit sendi, lutut)

��Ostematrix --->  (bukan sekadar kalsium- elok untuk letih2, sembelit, gigi, tulang)

��Vita lea with iron ---- > (multivitamin adults yg power)

��Vita lea children ----- > (new!! Multivitamin rasa Grapes)

Jadi, sesiapa yg ada sakit2 sendi & kaki tu.. Ambillah kesempatan ini untuk lindungi diri and a drpd sakit2 ini...

Juga untuk anda yang tak de mengambil supplement apa-apa, berubahla. Semua orang perlukan supplement disebabkan oleh faktor pemakanan kita serta gaya hidup kita kini.

Nanti dientry seterusnya, saya akan kupaskan satu persatu manfaat setiap product yg tgh HOT PROMO ni ye..

Salam Suboh semua...
Salam ceria semua pembaca... =)

Monday 26 January 2015

VIVIX SHAKLEE HEBAT


VIVIX SHAKLEE UNTUK TENAGA & AWET MUDA

'The ingredients in Vivix have been shown to help protect and repair DNA damage, positively influence longevity genes, re-populate mitochondria to produce energy, and slow formation of AGE proteins (plaque in your cells)'.

So, for those yg dah masuk 3 series ( note to self too) ... Try consider taking VIVIX utk maintain kulit yg pinkish & firm... And also utk retain our energy level yg makin menyusut ni..

Bagi yang tidak suka menelan pelbagai jenis tablet setiap hari, anda boleh menjadikan Vivix sebagai ‘teman baik’. Bertindak untuk memperbaiki masalah kesihatan secara keseluruhan dan memberi banyak kesan sampingan baik yang anda tidak terjangka.

Friday 23 January 2015

PEROKOK PERLU SUPPLEMENTS UNTUK APA?

MENGAPA PEROKOK PERLUKAN SUPPLEMENTS


Sekiranya anda seorang perokok TETAPI sukar untuk berhenti merokok, sekurang2 makanlah supplements untuk kesihatan diri...

At least consider these 3 powerful supplements...

Vita-Lea
Salah satu kandungan Vita-Lea adalah Vitamin D. Hasil kajian yang dimasukkan dalan Jurnal Respiratori dan Penjagaan Kesihatan Kritikal Amerika menunjukkan perokok yang kurang Vitamin D mengalami kerosakan pada paru-paru lebih cepat berbanding perokok yang mengandungi kadar vitamin D yang normal dalam darah. 
Vitamin D diperlukan oleh perokok kerana Vitamin D yang bersifat antiaoksidan dan antiradang, mampu memberi sedikit perlindungan terhadap kerosakan paru-paru akibat merokok.

Vitamin E
Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam "American Journal of Clinical Nutrition," menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah  berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh  mendapat kanser.

Sustained Released Vita-C 500mg
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal dan kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu.
Menurut kajian menunjukkan yang perokok tegar atau pasif kehilangan 25 hingga 30mg vitamin c dalam tubuh. Malah menurut kajian, jika perokok menghisap 20 batang rokok ia menyebabkan tiada atau hampir tiada vitamin c dalam tubuh si perokok. Disebabkan itulah pengambilan vitamin C dicadangkan untuk diambil oleh perokok.

Jadi, takkan tengok saja.. bertindaklah sekarang ye..

Anda boleh wassap 0162614778 ataupon email lyvitashoppe@gmail.com utk sebarang pertanyaan ataupon pesanan.. 

Thank you... 😘😘😘

Thursday 15 January 2015

BENCI JAHIT LENCANA SEKOLAH ?

ALTERNATIVE UNTUK JAHIT LENCANA SEKOLAH ANAK2

Oh tidak!!! Nk kena jahit school badge & name tag!!!
Tak suka laa..
Kalau hantar kedai, depa charge RM2 tau satu badge.. Mahai pulakkk...

Tapi takpe.. I can help you.

Specially to those yg masih ada pending  'homework' utk menjahit lencana sekolah anak2 ..

U will need :
- gam UHU
- kain basah kecik ( handkerchief is good)
- small cardboard/thick paper
- iron

Langkah langkah
******************
1. Letakkan cardboard dlm poket ( ~This is to avoid the
     pocket from melekat with the material underneath)
2. Atur lencana seperti yg dikehendaki
3. Once dah estimate mana nk paste, picit gam at the back of the badges
4. Paste it ( you may still adjust the position at this stage)
5. Ambik wet towel tadi. Bentangkan atas the badge area
6. Iron the wet towel sehingga rata covering the badge .
7. Angkat towel... Dan Siap !!

Mudahkan?
Anda akan lihat that the badge tertampal rapi, sungguh cantik & Kemas gitu..

Satisfaction? 10/10
Time needed per badge? Less than 3 minutes

If menjahit : time taken to sew each badge : 10 minit ( tu tak termasuk yg terjahit poket , benang bersimpul & cucuk2 benang tak masuk dlm jarum.. Ngeh ngeh ngeh... )

I dah basuh baju anak2 dlm washing machine & the badge is still there!

Any questions? Feel free to ask ya..

Selamat mencuba...

Wednesday 14 January 2015

CARA KIRA KALORI

Cara kira kalori & camne nk gunakan dlm pemakanan harian ..

http://m.caloriescount.com
Pergi ke Diet Assessment

Ok. Contoh

Badan anda memerlukan 1126 cal

Pagi
Esp 2 scoops (70cal) + half cup low fat milk (50cal) = 120 cal
Roti 100 cal

Tengahri nasi goreng 280 cal

Tea time
Buah2an 100

Mlm
Meehoon soup 300 cal

Total 880

So ada lagi 300 cal.. boleh laa selit2 mana2 untuk dia makan. Cakes ke heheh

---> dlm kata lain, kita masih boleh mkn apa2 yg kita crave for TAPI..biarlah ianya dlm kadar sederhana & seimbang..

Thursday 8 January 2015

SARAPAN PAGI - Perlu ke?

PENTINGNYA SARAPAN PAGI

Good morning...

Jangan lupa breakfast...

Untuk saya, saya akan minum ESP + fresh milk atau CINCH Shake dulu di rumah ..
By the time sampai ofis, kuranglah sikit craving utk mkn nasi lemak or roti canai tu...Makan 2 biji karipap pon Dah memadai kengkadang tu...

Mengapa saya pilih ESP & Cinch Shake?

Sarapan yang baik Berdasarkan Protein & Nutrien

Sebab...Sarapan seperti ini akan memberi badan kita dengan nutrien penting dan energi tanpa meningkatkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin. Sarapan pagi seperti ini akan menghindarikan kita dari terlalu bergantung terhadap karbohidrat setiap hari. Dengan cara ini nafsu makan dapat terkawal dengan baik, keinginan makan makanan berkarbohidrat (coklat, kueh, junk food, soft drink, nasi dan mee) akan berkurang. Sebagai hasilnya badan akan menggunakan kelebihan lemak yang tersimpan dalam tubuh untuk mendapatkan energi atau sebagai sumber energi.Hasilnya berat badan kita tidak akan bertambah dan malah cenderung menurun.

Anda bagaimana pula?